
Oleh: Faisal Tehrani (Sumber di sini)
Ada orang bertanya saya, mengapa harus membuka-buka dan membesar-besarkan perihal Saidina Husin cucunda Rasulullah saw dibunuh Yazid dan tenteranya. Yang sudah-sudahlah kata mereka.
Alangkah jahil manusia itu. Saya menjawab:
1. Yang sudah-sudah itu sejarah dan sejarah wajib kita pelajari dan kita bongkar untuk membolehkan kita meletakkan diri kita dalam kebenaran. Bukankah kita berdoa dan membaca al-Fatihah dalam solat meminta jalan yang lurus? Maka jalan yang lurus itu harus kita kenali. Jalan lurus itu boleh sahaja disimpang siurkan oleh kaum munafik yang boleh kita kenal jika kita rajin melakukan analisis.
Apa yang ada dalam al-Quran antaranya ialah sejarah; sejarah para nabi, sejarah umat terdahulu. Jika ia adalah yang sudah-sudah dan tidak harus dibangkitkan lagi, maka mengapa al-Quran menyatakan semua hal yang sudah-sudah itu?
Allah berfirman supaya kita mengambil pengajaran dan merenung sejarah: “Bacakanlah kepada mereka kisah orang-orang yang Kami berikan ayat-ayat Kami lalu mereka menjauhkan diri dari ayat-ayat tersebut lalu Syaitan mengekorinya dan jadikan dia orang-orang yang sesat. Kalau Kami kehendaki, Kami akan mengangkat (kedudukan)nya dengan ayat-ayat tersebut tetapi dia telah cenderung ke (perhiasan dan godaan) dunia dan mengikut hawa nafsunya. Dia adalah umpama anjing yang sekiranya kamu memikulnya ia menjelirkan lidahnya atau sekiranya kamu membiarkannya ia menjelirkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir” (Al-A’raaf:175-176).
Nah, tidakkah saudara mahu berfikir seperti yang dituntut oleh Allah? Mengapa saudara ingin menutup peristiwa pembunuhan cucunda Nabi Muhammad saw? Kita wajib memikirkan ia dan berpihak dalam hal pembunuhan tersebut.

2. Peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad wajib direnung kembali. Kerana jika saudara inginkan syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak, tiada jalan yang munasabah melainkan menerusi cinta kepada keluarganya (dalam konteks ini cucu baginda Saidina Husin).
Saya ingin memetik hadis ini, perihal Nabi Muhammad saw yang mencintai cucunya.
Sufyan bin Waki’ dan ‘Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, keduanya berkata: Khalid bin Mukhlad menceritakan kepada kami, Musa bin Ya’qub az Zam’i menceritakan kepada kami, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Zaid bin al Muhajir, Muslim bin Abu Sahl an-Nabbal mengkhabarkan kepadaku, Hasan bin Usamah bin Zaid mengkhabarkan kepadaku, ia berkata: Aku mengetuk – pintu rumah – Nabi SAW untuk sejumlah keperluan, kemudian beliau keluar dalam keadaan menutupi sesuatu. Aku tidak tahu apakah sesuatu itu? Ketika aku selesai dari keperluanku, aku berkata, “Apakah sesuatu yang engkau tutup itu?” Beliau kemudian membukanya. Ternyata Hasan dan Husin berada di atas kedua pangkal pahanya. Beliau bersabda, “Kedua anak ini adalah anakku dan anak dari puteriku. Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai keduanya, maka cintailah keduanya dan cintailah orang yang mencintai keduanya.
Tentu sahaja ada motifnya Rasulullah saw meminta kita mencintai cucunya.
Dari doa Rasulullah saw pada hadis itu jelas sekali mencintai Saidina Hasan dan Saidina Husin akan membuatkan kita pula beroleh cinta daripada Allah swt. Dan memburu cinta Allah adalah wajib. Melainkan saudara mahu memburu cinta selain Allah!
Sayugia diingatkan, cinta ini bukanlah cinta seorang datuk kepada cucunya. Nabi Muhammad adalah seorang utusan Allah. Setiap kata-katanya, tindak-tanduknya adalah daripada Allah swt. “Dan tidaklah yang diucapkannya (Nabi Muhammad) itu menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.” (An Najm: 3-4)
Maka, mengapa ada yang mahu menghalang pengucapan dan ekspresi cinta kepada Nabi Muhammad saw dan cucunya?
Tidakkah itu perbuatan jahat namanya? Tidakkah itu menyerupai perbuatan pembunuh-pembunuh Saidina Husin? Yakni cuba menafikan kebesaran, kemuliaan dan hak mereka.
Duhai bayangkan pula mereka yang membunuh Saidina Husin? Apakah mereka akan mendapat cinta Allah? Apakah mungkin ada dalam kalangan kita kerana jahil dan hanya mendengar cerita seorang dua ustaz beragenda, kita secara tidak sedar telah menjadi pengikut dan pembenar musuh Saidina Husin?
Ya Allah jauhilah kita dari penjahat-penjahat agama, khususnya mereka yang menyangka-nyangka tahu padahal mereka tidak tahu secara benar. Allah berfirman menerusi Surah Al-Hajj Ayat 3-4: Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan; yang telah ditetapkan kepada syaitan itu bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

3. Adakah saudara boleh bermimpi untuk masuk syurga tanpa mencintai Saidina Husin? Bukankah baginda Husin penghulu di syurga?
Baca hadis ini:
Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Daud al Hafari menceritakan kepada kami dari Sufyan dari Yazid bin Abu Ziyad, dari Ibnu Abi Nu’am, dari Abu Sa’id al Khudri radiallahuanhu, ia berkata: Rasulullah saw bersabda, “Hasan dan Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga.”
Soalnya adakah orang tua di syurga?
Jika saudara cinta apa buktinya? Kematiannya yang tragis dan ngeri itu pun saudara tidak tahu dengan terperinci dan benar, bagaimana saudara boleh mengaku mencintainya dan ada hati untuk menjadi penghuni syurga? Bukankah jika kita tidak mengenal maka kita tidak mencinta. Soalnya jika anda kenal, kenalkah anda sungguh-sungguh mengapa Saidina Husin sampai syahid dibunuh dan falsafah di sebalik pengorbanan besar baginda itu.

4. Bagaimana cara kita mengenang kesyahidan Saidina Husin?
Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860:
Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin.”
Hadis ini dan yang semakna juga terdapat dalam Mustadrak Al-Hakim, jilid 4 halaman 19 dan Tahdzib At-Tahdzib, jilid 2 halaman 356, hadis ke 615. Juga dalam Dzakhair Al-Uqba, halaman 148.
Bolehkah menangis? Mengapa pula tidak boleh? Isteri Rasullullah saw, Ummu Salamah sendiri menangis mengenangkan pembunuhan Saidina Husin, mengapa tidak kita? Nabi tidak pula melarang isterinya. Bahkan Nabi Muhammad menjelma di hadapan Ummu Salamah dalam keadaan kesedihan sehingga berlumuran debu!
Nabi Yaakub a.s menangisi kehilangan Nabi Yusuf sampai matanya buta, Allah pun tidak melarang. Mengapa anda ingin menghalang saya mengenang pemenggalan dan pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw dengan kesedihan?
5. Kalau kita benar-benar mencintai Rasulullah. Kita pun meraikan kelahiran baginda (maulidurrasul), kita raikan israk mikraj, kita raikan setiap kegembiraan baginda Nabi Muhammad saw.
Mengapa ketika kesedihan dan kedukaan Nabi Muhammad kita mahu melupakannya dan tidak mahu menangisinya seperti yang Rasulullah saw lakukan? Bolehkah saudara mencintai Rasulullah dan hanya bersama dengannya ketika senang dan meninggalkan baginda nabi ketika baginda bersedih? Tidakkah itu aneh? Dan adalah jelas, Nabi Muhammad saw dalam keadaan duka oleh kesyahidan cucunya yang dianiayai sedemikian rupa.
Mengapa saudara tidak mahu mengikut Nabi Muhammad? Mengapa saudara mahu mengikut ustaz saudara yang belum tentu dapat menjamin saudara ke syurga? Tidakkah itu perbuatan bodoh dengan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang membuta tulu mengikut dan membuntut tanpa tahu kebenaran. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 31, ‘Mereka menjadikan Pendita-Pendita dan Ketua Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah’.
Soalnya, dapatkah ustaz saudara yang belum tentu tahu sungguh itu menjamin saudara akan cinta Husin, cinta Nabi Muhammad dan kemudian cinta Allah?
Memang, ada bermacam-macam cara dan alasan diberikan untuk menutup kebenaran ahlul bait (dalam konteks ini Saidina Husin) tetapi saudara akan gagal. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 32: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
Berharaplah kepada Rasulullah, ‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menebut Allah. (Al Ahzab ayat 21).
Salam ke atasmu wahai baginda Husin penghulu syurga. Salam ke atasmu. Semoga Allah mencintai kami kerana mencintaimu. Dan laknat Allah untuk musuh-musuh Saidina Husin dan Rasullah saw (serta orang yang mempertahankan mereka) laknat yang kekal abadi seperti mana dilaknat ke atas Abu Lahab.
Nota: Mari mengaji ! Eh, silap. Mari mengkaji ! Kaji ! Kaji ! dan terus Kaji !
Mengapa ketika kesedihan dan kedukaan Nabi Muhammad kita mahu melupakannya dan tidak mahu menangisinya seperti yang Rasulullah saw lakukan? Bolehkah saudara mencintai Rasulullah dan hanya bersama dengannya ketika senang dan meninggalkan baginda nabi ketika baginda bersedih? Tidakkah itu aneh? Dan adalah jelas, Nabi Muhammad saw dalam keadaan duka oleh kesyahidan cucunya yang dianiaya sedemikian rupa.
Mengapa saudara tidak mahu mengikut Nabi Muhammad? Mengapa saudara mahu mengikut ustaz saudara yang belum tentu dapat menjamin saudara ke syurga? Tidakkah itu perbuatan bodoh dengan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang membuta tuli mengikut dan membuntut tanpa tahu kebenaran. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 31, ‘Mereka menjadikan Pendita-Pendita dan Ketua Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah’.
Soalnya, dapatkah ustaz saudara yang belum tentu tahu sungguh itu menjamin saudara akan cinta Husin, cinta Nabi Muhammad dan kemudian cinta Allah?
Memang, ada bermacam-macam cara dan alasan diberikan untuk menutup kebenaran ahlul bait (dalam konteks ini Saidina Husin) tetapi saudara akan gagal. Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 32: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.
Berharaplah kepada Rasulullah, ‘Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang berharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al Ahzab ayat 21).
Salam ke atasmu wahai baginda Husin penghulu syurga. Salam ke atasmu. Semoga Allah mencintai kami kerana mencintaimu. Dan laknat Allah untuk musuh-musuh Saidina Husin dan Rasulullah saw (serta orang yang mempertahankan mereka) laknat yang kekal abadi seperti mana dilaknat ke atas Abu Lahab.