Hizbullah, nama ini semua orang pernah mendengarnya. Organisasi ini suatu ketika dulu pernah mempermalukan Israel di mata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan ketenteraan yang terkuat di dunia. Perang pada tahun 2000 dan 2006 telah membuktikannya dan secara tidak langsung memberikan kehormatan kepada kaum muslimin secara umumnya dan kepada bangsa Arab secara khususnya.
Buku ini “Blueprint Hizbullah: Rahasia Manajemen Ormas Islam Tersukses Di Dunia” adalah sebuah buku yang diterjemahkan dari “Hizbullah: The Story from Within” ke Bahasa Indonesia. Menurut saya, karya yang ditulis oleh Syeikh Naim Qassem ini iaitu Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah adalah sebuah karya yang paling tepat bagi menggambarkan Hizbullah yang sebenarnya, di tengah-tengah kekeliruan yang ditimbulkan Barat bagi menggambarkan Hizbullah sebagai gerakan radikal dan teroris . Sebagai orang dalam (Insider) Hizbullah, Naim Qassem telah mengungkapkan beberapa fakta yang mungkin tidak diketahui ramai beserta rahsia kejayaan dan kemenangan Hizbullah. Sungguh, walaupun saya telah membaca dua buah buku berkenaan Hizbullah sebelum ini tetapi buku ini saya kira paling benar, tepat, lengkap dan komprehensif kandungannya.
Hizbullah muncul tepat pada masanya, di tengah-tengah bendera Islam dianggap sudah malap dan tidak lagi menarik. Hizbullah muncul ketika umat Islam mencari-cari “sang penyelamat” baru bagi menghadapi kezaliman dan penjajahan zionis Israel setelah beberapa kali dikecewakan dengan sikap negara dan organisasi Islam yang penikus, pengecut dan pengkhianat kaum muslimin seperti Mesir dan Jundallah [Jika boleh dianggap sedemikian]. Sebagai sebuah organisasi yang mengadopsi bendera Islam, kini Hizbullah menjadi harapan baru kaum muslimin yang sangat digeruni dan ditakuti oleh Barat dan Zionis Israel.
“Islam bukan hanya sekadar agama sederhana yang berkaitan dengan ibadah dan zikir sahaja. Islam adalah risalah Allah swt untuk manusia yang mampu menjawab segala persoalan dan memberikan penyelesaian kepada semua masalah yang berlaku, baik dalam kehidupan manusia secara individu atau kehidupan bermasyarakat sekalipun dalam masyarakat yang heterogen. Islam boleh menjamin kaum minoriti. Islam adalah agama untuk masyarakat yang mampu membuat revolusi dan membentuk negara.” Inilah antara beberapa cuplikan pidato Sayyid Hassan Nasrullah, Setiausaha Agung Hizbullah yang kajian membuktikannya sebagai satu-satunya pemimpin Arab masa kini yang mampu memberi pengaruh kepada kehidupan rakyat Israel seperti yang dilaporkan akhbar harian Israel Haaretz.
Membaca buku ini seolah-olah seperti membaca kertas kerja yang sangat tebal. Jumlah halaman 423 muka surat dengan kandungannya yang sarat dengan fakta mungkin akan cepat menimbulkan rasa bosan ketika membaca. Naim Qassem di bahagian pendahulan mengungkapkan bahawa buku ini ditulis dengan merujuk kepada pelbagai sumber rujukan, informasi, dokumen, analisa dan pengalaman beliau sendiri dan anggota Hizbullah yang lain sehingga karya serba lengkap ini sempurna dengan menyerahkan penilaian akhir kepada pembaca. Di bahagian awal buku ini, diungkapkan visi dan misi Hizbullah dengan tiga pilar utama mereka yang menurut saya merupakan rahsia kejayaan dan kemenangan Hizbullah sehingga hari ini. Kemudian, selepas itu diungkapkan pula sejarah perjalanan Hizbullah dari sejak awal penubuhan serta aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Manakala di bahagian akhir buku ini, penulis menyampaikan pandangan peribadi beliau tentang harapan-harapan masa depan Hizbullah.
Saya akan memetik beberapa isi penting dari buku ini untuk dikongsi bersama. Nama Hizbullah iaitu yang bermaksud “Tentera Allah” diambil dari al-Quran:
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sambil mereka rukuk. Barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya tentera Allah itulah yang pasti menang. (Surah al-Maidah: 55-56)
Nama Hizbullah juga terdapat dalam firman Allah:
Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah tentera Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya tentera Allah itulah golongan yang beruntung. (Surah al-Mujadalah: 22)
Pada awalnya, tatanama ini mengalami gelombang kritik dan perdebatan sehingga Mei 1984 tetapi kemudian selepas itu nama ini diterima secara positif dan diserap dengan mudah selepas hasil-hasil aktiviti dan realiti perlawanan Hizbullah terlihat. Hizbullah memilih namanya untuk merefleksikan visi dan tujuan yang selaras dengan berbagai kenyakinan mereka. Sesungguhnya, visi, tujuan serta seluruh kerangka persoalan Hizbullah berasal dari keyakinan mendalam terhadap Islam dengan berpegang teguh kepada firman Allah swt seperti tercatat dalam surah Ali Imran ayat 19:
Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam…(Surah Ali Imran: 19)
Tiga pilar utama yang menjadi dasar pendirian Hizbullah adalah:
1) Kepercayaan Kepada Islam
2) Jihad
3) Kaedah Wali al-Fakih
Kepercayaan Kepada Islam
Islam adalah wahyu Ilahi yang terakhir yang merupakan suatu bentuk program dan ajaran yang paling komprehensif, lengkap dan tepat bagi mencapai puncak kehidupan yang tertinggi dan sempurna sebagai hamba Allah. Keyakinan ini didasarkan kepada firman Allah:
….Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu. (al-Maidah: 3)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Ad-Zhariyat: 56)
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (al-Mukminun: 115)
Allah tidak menciptakan manusia dan seluruh kehidupan ini secara sia-sia. Kehidupan ini harus bergerak mengikut aturan dan kehendak-Nya. Walaupun begitu, Allah swt tidak memaksa manusia dengan memberikan mereka pilihan untuk memilih setelah Allah swt menawarkan jalan selamat yang diredhai-Nya kepada manusia iaitu Islam. Maka, sebagai manusia yang memegang teguh bendera Islam seharusnya seluruh perjalanan kehidupan mereka pada setiap waktu, keadaan dan situasi adalah dalam keadaan beribadah kepada-Nya. Solat, jihad, keadilan, dan pelayanan terhadap masyarakat adalah ibadah. Manusia tidak mempunyai hak untuk melepaskan diri dari masyarakat dengan mengatasnamakan ibadah seperti mengurung diri di masjid. Manusia juga bertanggungjawab, baik sebagai individu atau sebahagian daripada masyarakat. Kerana itulah, Rasulullah saw adalah penguasa, pemimpin, ahli politik dan ahli ibadah sebagai contoh gambaran manusia terbaik.
Menyingkapi persoalan Hizbullah ingin mendirikan Negara Islam Lebanon, Naim Qassem menjelaskan walaupun kami (Hizbullah) menyeru penciptaan sebuah negara Islam dan mendorong orang lain untuk menerimanya sebagai penjelasan tertinggi kebahagian manusia tetapi bentuk pemerintahan ini mengisyaratkan kepada kehendak majoriti rakyat yang diberi kebebasan untuk memilih sistem pemerintahan dalam pilihanraya umum yang bebas. Katanya lagi, penciptaan sebuah negara Islam bukanlah suatu bentuk penerimaan yang dilakukan oleh satu kelompok dengan memaksakannya ke atas kelompok yang lain. Allah swt berfirman:
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…(Surah al-Baqarah: 256)
Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? (Surah Yunus: 99)
Jihad
Jihad atau Perang Suci memiliki akarnya iaitu kata kerja “berjuang” yang menunjukkan usaha bersungguh-sungguh atau melakukan pelbagai upaya untuk melawan musuh. Jihad memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap jalan kehidupan yang ditempuh seorang muslim. Jihad merupakan pemenuhan yang lengkap dan memerlukan kesiapan yang lengkap dan bukan pemenuhan secara separuh. Dalam konteks Islam, kata tersebut memiliki jangkauan makna yang lebih luas daripada perang bersenjata. Kata ini juga meliputi perjuangan melawan musuh yang berada dalam diri seseorang iaitu pujukan, godaan jiwa atau panggilan syaitan untuk melakukan keburukan, kesalahan, kesesatan atau kezaliman.
Jihad melawan dorongan hawa nafsu adalah jihad yang jauh lebih besar kerana ia merupakan perjuangan yang harus kita lakukan setiap hari dan secara berterusan. Konflik antara melakukan kebaikan atau kejahatan, ketaatan kepada Allah atau menurut hawa nafsu perlu kita kendalikan sebaiknya. Perjuangan dan pertempuran melawan musuh merupakan ujian yang lebih ringan kerana hanya terjadi pada waktu yang diperlukan sahaja.
Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (al-Ankabut: 6)
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (al-Ankabut: 69)
Jihad ketenteraan diseru apabila bangsa kita ditindas, dijajah atau dihina bagi memenangkan akidah, nilai-nilai moral, kebenaran dan kemenangan bangsa. Selaras dengan keyakinan Hizbullah, keputusan jihad kententeraan melawan musuh sangat terkait rapat dengan keputusan Wali-Fakih yang akan menilai situasi dan menentukan keputusan jihad defensif selaras dengan kewajipan dan tujuan jihad ataupun tidak.
Berkenaan dengan persoalan syahid dan bunuh diri, Naim Qassem menjelaskan kesyahidan berbeza dengan bunuh diri. Bunuh diri merupakan ungkapan keputusasaan, ketidakberdayaan dan kekalahan yang semuanya mengarah kepada hilangnya eksistensi kehidupan sehingga mendorong orang yang putus asa untuk mengakhiri hidupnya. Orang yang beriman mengetahui kesabarannya itu akan terbayar dan menyedari kehidupannya tidak akan berakhir dalam keputusasaan mengikut kehendak dirinya walau bagaimana pun penderitaan yang dihadapinya. Manakala kesyahidan pula merupakan bentuk pengejawantahan tertinggi dari penyerahan diri (self-giving) dalam bentuk perlawanan dengan musuh di landasan syariah yang jelas dan absah. Oleh sebab itu, kesyahidan adalah tindakan seseorang yang bukan menderita kerana alasan-alasan tertentu sehingga memaksanya melakukan pengorbanan jiwa.
Kaedah Wali al-Fakih
Selaras dengan keyakinan Hizbullah, Hizbullah menyerahkan kepemimpinan yang absah kepada Wali-Fakih yang dianggap sebagai pengganti Nabi dan para Imam (ra). Wali-Fakih menentukan arah kebijakan umum bagi negara Islam. Perintah-perintah dan larangan-larangannya wajib dipatuhi.
Islam adalah agama suci dari Allah saw, diutusnya manusia suci Rasulullah saw sebagai pembawa risalah dan syariah Allah swt dengan memastikan jalan umatnya menuju pemenuhan doktrin suci ini seperti mana kehendak Allah swt. Para Imam (ra) yang dari Itrah keluarga Nabi saw sendiri adalah manusia-manusia suci yang ditunjuk dan diangkat oleh Allah swt dimulai dengan Amirul Mukminin Ali ibn Abi Thalib dan diakhiri dengan Imam al-Mahdi aj. Mereka berperanan memelihara, menginterpretasikan dan menjelaskan pelbagai aspek dari ajaran suci Allah swt ini serta mengawasi pelaksanaannya dengan tepat seperti mana kehendak Allah swt terhadap agama-Nya. Manakala Wali Fakih pula adalah wakil Imam Mahdi aj semasa kegaiban besar baginda sehingga kezuhurannya nanti. (Menurut saya, perbahasan mengenai para Imam suci (ra) dan Wali-Fakih adalah suatu perbahasan yang sangat besar untuk difahami kerana merupakan akidah dalam ajaran yang diyakini Hizbullah)
Oleh sebab itu, Hizbullah dilihat mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Republik Islam Iran tetapi perlu difahami bahawa Hizbullah adalah acuan dan trade mark tersendiri Lebanon.
Saya teringat satu soalan yang pernah ditanya oleh seorang rakan iaitu mengapakah jawatan Sayyed Hassan Nasrullah digelar Setiausaha Agung Hizbullah atau dalam bahasa English disebut Secretary General dan siapakah pula General Hizbullah? Kini, saya telah mendapat jawapannya.

“Mengapakah jawatan Sayyed Hassan Nasrullah digelar Setiausaha Agung Hizbullah atau dalam bahasa English disebut Secretary General dan siapakah pula General Hizbullah? Kini, saya telah mendapat jawapannya.”
Siapa?
Wali al-Fakih. Mahu tahu siapa pula Wali al-Fakih kena la baca buku ini. Hehehe ;P
panjang-panjangkan cerita jangan lupa.
masyarakat Arab patut merai kejayaan Hassan Nasrallah dan Hezbullah. Tetapi nampak tidak begitu. Sedangkan Arab sudah lama malu sejak Perang 6 Hari pada tahun 1967 (kalau tidak silap). Bila Israel menghabiskan armada udara Mesir dengan sekali serangan sahaja sedang tentera Mesir sedang leka bersarapan.
Sudah ada wira di Lebanon, seorang Arab iaitu Hassan Nasrallah. Tetapi dia tidak diangkat sebagai ikon penyelamat bangsa Arab! Ironi.
Negara Arab pun sekarang ini banyak yang sekutu AS. Mungkin inilah sebabnya majoriti bangsa Arab tidak maju walau Rasulullah saw dari bangsa Arab tetapi bangsa lain yang maju dan berani menentang AS, Zionis Israel dan Barat secara berterusan tanpa henti hingga kini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.” (al-Maidah:54)
Mulia lah Sayyid Hasan Nasrallah,mudah-mudahan masih ada pemuda muslim yg memiliki keberanian seperti beliu,jangan pernah takut dengan Israel dan antek-antek nya Allah ada beserta kita…AMIN.
Jom kita jadi nasrullah (Pembantu Allah) nak tak walau tak seperti Sayyid Hassan Nasrullah.
اَللّـهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد