15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai nisfu Syaaban merupakan hari yang penuh barakah. Saya selalunya pada malam ini akan membaca Surah Yaasin dan berdoa kepada Allah swt dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya. Kata orang, hari nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Tetapi semalam saya memperoleh pengalaman yang berbeza di sini. Suatu pengalaman yang saya tidak perolehi di Malaysia.
Semalam saya berada di Maqam Sayyidah Zaynab al-Kubra ah. Kelihatan pada malam itu begitu ramai sekali manusia yang berpusu-pusu datang menziarahi maqam Sayyidah Zaynab ah yang saya anggarkan lebih dari 5 ribu orang dan barangkali hampir 10 ribu orang. Pada malam itu, saya melihat mereka seolah-olah bergembira. Ada yang seperti menyanyi tanpa muzik sambil yang lain bertepuk-tepuk tangan dan ada juga yang mengedar gula-gula. Tidak kurang dari itu, ada juga yang bersembahyang, berdoa, membaca al-Quran, membaca ziarah dan kedengaran juga suara orang menyampaikan ceramah. Begitulah semua ini berterusan sehingga waktu subuh dan selepas solat subuh barulah mulai reda semua aktiviti ini. Menurut mereka, hari nisfu Syaaban adalah hari kelahiran Imam Mahdi, Imam kedua belas dari Itrah keturunan Nabi saw yang merupakan imam terakhir, pemilik masa dan zaman ketika ini.
Teringat The Arrivals, sebuah dokumentari yang mengisahkan mengenai Hari Kedatangan. Kedatangan Imam Mahdi ajf, Nabi Isa as dan Dajjal. Pembikinan dokumentari ini sangat menarik, lain dari yang lain. The Arrivals membuatkan saya banyak berfikir selepas menontonnya; misteri Imam Mahdi, misteri 12 khalifah, misteri Dajjal “bermata satu”, misteri kedatangan Nabi Isa dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya The Arrivals telah menyedarkan saya akan Hari Kebangkitan. Tahniah The Arrivals.
Narrated Jabir bin Samura: I heard the Prophet saying, “There will be twelve Muslim rulers (who will rule the entire Islamic world).” He then said a sentence which I did not hear. My father said, “All of them (those rulers) will be from Quraish.” (Sahih Bukhori, Book 89, Hadith 329)
Narrated Ali ibn AbuTalib: The Prophet (peace_be_upon_him) said: If only one day of this time (world) remained, Allah would raise up a man from my family who would fill this earth with justice as it has been filled with oppression. (Sunan Abu Dawud, Book 36 Hadith 4270)
sila ke laman web berikut untuk melihat documentari lain yang dibuat oleh team The Arrivals
http://phase3.technocrazed.com
sambutan di Malaysia pada 15 Syaaban dihiasi dengan bacaan Yaasin selepas Asar sampai ke malam.
Terima kasih asal